Tuesday, September 5, 2023

Rawatan Akupuntur Bagi Pesakit Post Strok

Rawatan Akupuntur Bagi Pesakit Post Strok




Strok atau angin ahmar boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya golongan yang berisiko tinggi.

Kebanyakan pesakit strok sering menghadapi masalah pergerakan disebabkan lumpuh atau lemah separuh badan atau sebahagian anggota badan sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan dan kebolehan menelan disebabkan lumpuh atau lemah otot muka. Kemurungan dan masalah memori atau ingatan turut menjadi komplikasi daripada penyakit strok.

Proses pemulihan atau rehabilitasi untuk pesakit strok amat penting bagi membantu pesakit mendapatkan kembali fungsi keupayaan badannya dan seterusnya mendapat kualiti hidup yang lebih bermakna. Proses rehabilitasi untuk pesakit strok melibatkan fisioterapi, terapi carakerja dan terapi pertuturan.


Pengenalan Rawatan Akupuntur

Terdapat beberapa rawatan tradisional yang dapat membantu atau sebagai komplemen kepada rawatan moden dalam proses pemulihan atau rehabilitasi pesakit strok antaranya adalah urut, akupuntur dan lain-lain. Akupuntur merupakan satu cabang perubatan tradisional Cina. Akupuntur dalam bahasa Cina bermaksud cucuk menggunakan jarum. Pengamal akupuntur menggunakan tusukan jarum halus di titik meridian pada badan yang akan berfungsi membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi.


Rawatan Akupuntur untuk pesakit Post Strok

Sehingga Jun 2015, terdapat 15 unit Perubatan Tradisonal dan Komplementari (PT&K) yang di tempatkan di hospital- hospital terpilih di seluruh negara. Perkhidmatan akupunktur Untuk Kesakitan Kronik dan Angin Ahmar merupakan salah satu Perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) telah ditawarkan di unit PT&K Hospital Integrasi. Perkhidmatan ini khusus kepada pesakit yang telah didiagnosa dan dirujuk oleh pegawai perubatan. Selepas saringan awal, pesakit akan diperiksa oleh pengamal yang bertugas.

Akupuntur berkesan melalui meningkatkan ketidakupayan yang dialami oleh pesakit strok, mengurangkan rasa sakit dan kemurungan yang dialami oleh pesakit strok.


Konsep Rawatan Akupuntur

Dalam kaedah rawatan tradisional Cina, masalah atau penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan Yin dan YangYin merujuk kepada sifat feminin kehidupan seperti lemah lembut, sejuk, penjaga manakala Yang merujuk kepada sifat berlawanan seperti kasar, panas, dominan. Pergerakan antara Yin dan Yang ini akan menghasilkan tenaga iaitu Qi (chi) yang bergerak melalui satu ‘energy channel’ iaitu meridian. Qi ini akan melalui meridian seperti air sungai yang melalui anggota badan untuk memberi nutrisi kepada organ dan tisu badan. Apabila pergerakan Qi ini tersekat, ini akan menyebabkan masalah atau penyakit kepada badan. Teknik akupunktur berfungsi  membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi  dengan memasukkan jarum pada satu titik yang spesifik pada badan .

Mengikut kajian saintifik moden, meletakkan jarum akupuntur pada titik tertentu yang spesifik di bahagian badan akan merangsang bahan kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Ini akan merangsang pembebasan hormon dan bahan kimia yang lain yang membantu dalam regulasi badan dan menukar rangsangan kesakitan kepada perasaan yang lebih baik. Keseimbangan hormon dan bahan kimia ini dapat membantu badan dalam proses kesembuhan dan keseimbangan emosi


Teknik Akupuntur

Terdapat pelbagai teknik akupuntur yang boleh digunakan seperti acupressure: penggunaan urutan pada poin akupuntur, moksibusi : membabitkan pembakaran mugwort iaitu sejenis herba lembut seperti span, bersama jarum akupuntur, elektrik akupuntur: mengalirkan arus elektrik yang terkawal pada jarum akupuntur untuk tujuan rawatan.


Keselamatan dan kesan sampingan akupunktur

Akupunktur merupakan satu kaedah yang selamat jika dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional Cina yang berkelayakan, yang mengunakan teknik-teknik yang betul dan menitikberatkan kebersihan. Akupunktur merupakan sebagai satu teknik yang invasive yang turut mempunyai risiko komplikasi seperti risiko tusukan ke organ badan seperti paru-paru dan salur darah utama, risiko jangkitan kuman, dan pendarahan. Namun kesan sampingan akibat akupunktur adalah rendah jika langkah-langkah berjaga-jaga diambil semasa menjalankan rawatan akupunktur ini.


Rujukan

  1. Traditional & Complementary Medicine Practice Guidline on Acupuncture (second edition Nov 2009)
  2. CPG Management of Ischemic Stroke (2nd edition)
  3. Laporan Teknikal 2015 Kajian : Acupuncture for Post Stroke Rehabilitation oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan Akhir:13 Mei 2016
Penulis:Dr. Noor Khairiyah Syazwani bt. Sholehudin
Akreditor:Dr. Maznah bt. Wazir


Sumber: http://www.myhealth.gov.my/rawatan-akupuntur-dalam-pesakit-post-strok/


Akupuntur dan Bekam KL Selangor

NAK BEKAM KE AKUPUNTUR ???

MANA LAGI BAGUS ANTARA KEDUANYA ???

TAK MERBAHAYA KE BUAT RAWATAN NI???


Anda ada soalan seperti di atas ? Jangan risau, akan kami jawab persoalan ini, InshaaAllah !


Sebelum itu, kami di Al Raed Wellness Centre adalah merupakan pusat rawatan yang menawarkan Perubatan Tradisional & Komplimentari. Kami berdaftar dan juga mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di Al Raed Wellness Centre, perawat akan menasihati pesakit untuk memilih jenis rawatan yang dapat membantu pesakit. Contohnya pesakit ingin merawat suatu keluhan dengan bekam, tetapi sebenarnya keluhan tersebut adalah lebih efektif dengan akupuntur.

Al Raed Wellness Centre adalah satu-satunya Pusat Rawatan di Malaysia yang mendapat pengiktirafan untuk mengajar, melatih dan seterusnya membawa pelajar akupuntur ke Chengdu University of TCM untuk mengambil peperiksaan disana.


Servis dan Rawatan serta Harga di Al Raed Wellness Centre,

  • Akupuntur - bermula dari RM70.00
  • Bekam - bermula dari RM150.00 per sesi
  • Moksibusi - bermula dari RM70.00
  • Guasa bermula dari RM70.00
  • Tuina bermula dari RM50.00
  • Homeopati - tiada penetapan harga buat masa ini

Sebelum rawatan dijalankan, proses diagnosa pesakit akan dilakukan terlebih dahulu oleh perawat. Jika sesuai dengan keadaan dan keperluan pesakit, barulah rawatan tersebut akan diberikan oleh perawat.

Rawatan Akupuntur adalah melibatkan rangsangan pada sistem saraf, otot dan juga tisu badan. Rangsangan ini diperlukan secara berterusan, khasiat rangsangan selepas rawatan akan kekal selama 48jam dan disarankan untuk menyambung sesi seterusnya sebelum habis tempoh 48jam tersebut. Insya-Allah penjelasan yang lebih terperinci akan diberikan oleh perawat Al Raed Wellness Centre. 


Info ringkas mengenai Akupuntur dan Bekam.

   
Apakah itu Akupuntur / Acupuncture ?

Akupunktur ialah sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun.


Apakah itu Bekam / Hijamah ?

Bekam ialah mengeluarkan sesuatu dari badan menggunakan peralatan tertentu untuk sedutan seperti menggunakan tanduk (amalan kuno) dan cawan bekam dengan kaedah tertentu. Kaedah tertentu yang dimaksudkan inilah antara yang memberi perbezaan yang ketara antara derma darah dan bekam itu sendiri iaitu melalui hasil dapatan akhir proses. Bekam tanpa melalui proses ini diibaratkan seperti pengeluaran darah sahaja.

Proses yang diperkatakan ini adalah proses pembiaran yang akan mewujudkan tekanan negatif pada bahagian yang hendak dibekam disamping pada proses inilah pengumpulan Causative Pathological Substances (CPS) atau bahasa mudahnya bahan penyebab penyakit akan dikumpulkan pada kawasan bertekanan. CPS ini terdiri daripada toksid, sel darah mati, sel darah rosak, radikal bebas, dan seumpamanya. Bahan inilah yang mahu dikeluarkan sewaktu menjalankan proses bekam.







Pusat Rawatan Al Raed Wellness Centre.

No 29, Jalan 60/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tekan untuk Link Lokasi Google Maps:

➡️➡️➡️  Lokasi Pusat Rawatan Al Raed ⬅️⬅️⬅️

Tekan untuk Temujanji - Link Whatsapp: 

➡️➡️➡️  Whatsapp Encik Adil ⬅️⬅️⬅️
➡️➡️➡️  Whatsapp Cik Fatiha ⬅️⬅️⬅️